Thursday 26 January 2012

IKAN KELI - Zahir Suhud

Profil Usahawan Pilihan

 
 Semasa menerima Anugerah Belia 2008
MAKLUMAT PERIBADI :

Nama Penuh:Mohamad Zahir bin Suhud
Umur:41 Tahun
Alamat:No. 5, Jalan Permai 3, Bandar Penawar 81930 Kota Tinggi, Johor
No. Tel:012-7335438

Sesi lawatan pihak luar ke kolam milik En Mohamad Zahir


Kolam ternakan ikan keli

Beliau juga ada menternak lembu selain daripada ikan keli
Pengalaman :
1) Memberi khidmat nasihat kepada belia & sesiapa berminat mempelajari teknik ternak keli sehingga teknik pemasaran.
2) Aktif dalam perniagaan bersama golongan cina.
3) Rakan kongsi bersama FAMA Kota Tinggi bersama En. Haminodin (Pegawai Pemasaran Kota Tinggi).
4) Pengalaman dalam teknik membuat benih sehingga pemasaran.
5) Pengalaman dalam pemasaran ke Batam, Indonesia.
6) Pernah menuntut di Suka Bumi, Indonesia (sekolah usahawan yang melahirkan usahawan penternakan ikan - teknologi dan pengalaman)

Pertubuhan yang disertai:
1) Persatuan Pekebun Kecil
2) Pertubuhan Peladang Kawasan Pengerang
3) FELDA
4) Jabatan Perikanan
5) Jabatan Haiwan
6) EPA

TERNAKAN KAMBING - Suhaimi

Profil Usahawan Pilihan

 
Profail :

Nama:Suhaimi Md Amin
Tempat dilahirkan:Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1960
Cita-cita:Usahawan

Kelayakan:
1. BSc (Hons) in Physics (UKM)1985.
2. MSc in Optical Electronics (Strathclyde, UK), 1990.
 
Pengalaman:
1. 1985 - 1993 - Pensyarah di Sekolah Kejuruteraan (Elektronik dan Fizik), UiTM
2. 1993 - 1996 - Senior Manager, Sapura Holdings (Uniphone Sdn Bhd-Fibre Optics Div)
3. 1997 - Kini - memiliki perniagaan sendiri (ternakan kambing)

Perniagaan: 
1. Eastell Sdn. Bhd.
- Pembinaan, Ubahsuai dan Hiasan Dalaman (ID)

2. AsSakinah Agro Farm
- Goat farming and trading, consultancy & training.
- Arowana fish farming and trading


Assakinah Agro telah ditubuhkan pada Disember 2006 dengan menyasarkan untuk menceburi ke dalam pertanian dan industri-industri berkaitan. Serbuan pertama kami ke dalam kawasan ini ialah pada Januari 2007 dengan perasmian ladang kambing di tanah pertanian 2 ekar di Kg. Lubok Kelubi, Batu 19 1 / 2 Jalan Hulu Langat, 43100 Selangor. Terletak berhampiran Sg terkenal. Air terjun Chongkak.

Dengan perasmian ladang ini, sasaran kami ialah untuk menjalankan satu pembiakan komersil kambing-kambing orang Boer yang mana terkenal dengan pengeluaran daging mereka potensi. Di ladang kami, demi penjimatan-penjimatan kos, kita memilih kepada kacukan Fullblood Boer dengan buat dari satu pelbagai jenis baka-baka seperti Indonesian Koplo / Jawa Rando yang mana agak lebih murah daripada orang Boer buat. Anak-anak baka kacukan biasanya mempunyai kehadiran kukuh genetik orang Boer dari dolar Fullblood, seperti yang melihat dari rupa mereka.


TERNAKAN ITIK - Abdul Razak

Profil Usahawan Pilihan

 

Nama:En. Abdul Razak bin Salleh
Umur:41 Tahun
Jawatan:Pengarah Urusan Liasari Marketing
Alamat Ladang:Lot 7165, Kg Hulu Lepar Dong, 27400 Raub, Pahang
Alamat Pejabat:13-2A, Jalan Pandan 2/2, Pandan Jaya, 55100 Kuala Lumpur
Bidang Usahawan:Ternakan Itik

Berpegang kepada cogankata Pertanian Adalah Perniagaan, Razak Abdul Malek, 49, mencuba beberapa jenis pertanian bermula dengan ayam kampung daging, lintah dan ikan. Meskipun pada awalnya dia terlibat dengan sektor pelancongan, namun mengambil keputusan beralih angin tidak mematahkan semangatnya untuk menceburi bidang tersebut . Bermula dengan syarikat Lia Sari Marketing yang ditubuhkan pada tahun 2007 untuk bergiat dalam jual beli dan mengusahakan pertanian secara komersial, kini Razak mengusahakan ladang ternakan itik daging. 


Berdasarkan hasil pemerhatian yang dilakukan, Razak kemudiannya mengambil keputusan menternak itik kerana dia suka mencuba sesuatu yang baru dan tidak mempunyai ramai pesaing. "Saya melihat ternakan itik pedaging Muscovy atau serati yang tidak mempunyai banyak pesaing, saya mengambil keputusan menternak itik," katanya semasa ditemui di ladang ternakan itiknya di Kampung Hulu Lepar, Mukim Gali, Dong, Raub, Pahang. Malah, apa yang lebih membanggakan, menurut perangkaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Raub dan Kuantan buat masa ini, Lia Sari Marketing merupakan penternak terbesar itik pedaging di negeri Pahang. 

Mendapat khidmat nasihat daripada JPV Raub dan Kuantan, Razak menternak lebih 5,000 ekor itik pedaging di kawasan seluas tujuh ekar. Mendapatkan benih itik daripada penternak swasta, beliau menternak anak itik berusia dua hari sehingga berusia empat bulan sebelum boleh dijual di pasaran. Biasanya setiap bulan, beliau membeli antara 1,500 hingga 2,000 ekor anak itik bagi memastikan bekalan itiknya sentiasa ada.

Hasil kajian dan pengalaman hampir setahun mengendalikan anak itik, pekerjanya dapat mengurangkan jumlah kematian sehingga kurang 10 peratus setiap kali penghantaran. Razak berkata, pada hari pertama sampai, anak itik dicelupkan muncungnya ke dalam air sebelum dimasukkan ke dalam kotak asuhan.
Setelah berada dalam kotak asuhan antara tiga hingga lima jam, anak itik diberikan makanan dan minuman yang dicampurkan dengan anti stres yang ditambah dengan vitamin dan dibiarkan selama dua minggu. 

Pada usia satu hingga dua minggu, anak-anak itik akan ditimbang berat bagi tujuan pemantauan tumbesaran dan menentukan jumlah makanan yang diperlukan. "Biasanya kuantiti makanan yang diberikan bergantung kepada berat badan anak itik," katanya yang memberikan dedak hitam kepada anak itik. Kotak asuhan akan dicuci setiap dua hari bagi memastikan kebersihan, kesihatan dan keselamatan anak itik sentiasa terpelihara.
Biasanya semasa berusia awal tiga minggu, muncung anak itik akan dipotong atau dikikis bagi mengelakkan mereka memagut antara satu sama lain. Anak itik yang berusia antara dua hingga tiga minggu akan dilepaskan di reban besar dan lapang bagi memastikan keselesaan dan ruang makanan yang lebih besar. 

Di kawasan ini juga terdapat kolam untuk itik berenang bagi menyejukkan badan dan mengurangkan stres.
Ternakan itik akan ditempatkan di reban pertama selama 10 hingga 12 minggu sebelum diasingkan di kandang lain. Bagi menjimatkan kos makanan ternakan Razak menggunakan pelet dan dedak serta makanan tambahan seperti hampas soya, kulit roti, kelapa kering dan sayur-sayuran. Semasa itik berusia antara 14 hingga 16 minggu, ternakan yang sesuai akan diasingkan ke ladang transit bagi memudahkan ditangkap sebelum dikumpulkan di dalam bakul untuk dijual. 

Biasanya itik yang ditangkap pada awal subuh hari Khamis atau Jumaat akan dihantar ke pasar-pasar sekitar bandar raya Kuala Lumpur seperti pasar borong lama Selayang, pasar Seri Kembangan, pasar Kajang, pasar Pudu dan pembeli yang datang sendiri ke ladang ternakannya. Setiap bulan paling minimum, Lia Sari Marketing mampu menjual 1,350 ekor itik daging dan ia mempunyai sebanyak 6,000 ekor itik dalam masa empat bulan atau satu pusingan. Razak berkata, harga itik yang dijual adalah RM8 sekilogram (kg) dan RM15.00/kg bagi harga runcit itik yang siap sembelih dan dibersihkan. Biasanya terdapat dua kategori itik yang dijual, misalnya bagi jualan di pasar, itik yang diperlukan adalah lebih kurang tiga kg manakala untuk restoran pula empat kg. Bagi memantapkan lagi operasi perniagaan, Razak bercadang untuk membuka gerai sendiri bagi jualan terus di pasar tani dan pasar malam di Lembah Kelang bagi peringkat permulaan. "Bagi meningkatkan lagi operasi ternakan itik daging, kami bercadang membuka ladang baru dengan memohon tanah daripada pihak berkuasa seluas 12 hektar (30 ekar).

"Kami juga bercadang menjadi pembekal atau pengedar anak itik Muscovy di seluruh negara bagi membantu pusat penetasan itik," katanya. Selain itik, Razak juga mempunyai sembilan buah kolam ikan tilapia dan keli di tanah seluas tujuh ekar sebagai pendapatan sampingan kepada itik. Mendapat benih ikan tilapia dan keli daripada pembekal, Lia Sari Marketing dapat menghasilkan sehingga dua tan ikan bagi pasaran di pasar borong. Razak juga memelihara pelbagai jenis unggas seperti angsa putih, angsa kelabu, merak, ayam api atau mutiara, ayam belanda, ayam laga, ayam emas, ayam selasih dan ayam sutera.


Wednesday 16 November 2011

AGRO BANK


Agrobank is an institution which provides holistic financial services and banking facilities. We give our utmost priority to the needs of our customers by providing attractive products and services such as savings activities, banking services, loan facilities, insurance coverage and advisory services.

Agrobank is a Government-linked-Company (GLC) under the Minister of Finance Incorporated (MFI). The bank’s financing of the agricultural sector is driven by a policy set forth by the Ministry of Agriculture and Agro-based Industries.

Agrobank is a continuity of the former Bank Pertanian Malaysia which has 40 years of experience in agricultural banking and an excellent track record in shaping and developing successful entrepreneurs.With a wide network of branches throughout Malaysia, we are confident of providing the best services to all.

Tuesday 15 November 2011

YONG TAU FOO - Syed Abdullah

Profil Usahawan Pilihan

 

Hikmah Food Specialities Sdn.Bhd (482706V),
No.19 & 21, Jalan TIB 1/9, Taman Industri Bolton,
61800, Batu Caves Selangor, Malaysia.


Managing Director:En.Syed Abdullah Syed Hassani
No Telefon:019-328 2235
No Faks:03- 6184 2512
Emel:hikmah.food@yahoo.com
 
En.Syed Abdullah Syed Hassani, 49, berkelulusan Sarjana Perniagaan (MBA) dengan pengkhususan kewangan Bachelor Sains Perniagaan Tani & Diploma Pertanian. 
Dahulunya beliau merupakan golongan korporat dan pernah berkerja sebagai Pegawai Pelaburan (Lembaga Tabung Angkatan Tentera), Ketua Jabatan Kewangan Korporat (Kumpulan Utusan Melayu), dan yang terakhir sebagai Pegawai Eksekutif Kanan Perancang Korporat (KLCC Holdings).

Menyedari makanan tradisi kaum Cina iaitu yong tau foo kurang dihasilkan oleh syarikat bumiputera, seorang pegawai kanan kewangan di sebuah entiti korporat terkemuka meninggalkan kerjaya lumayannya. Meskipun tidak memiliki sebarang pengetahuan dalam bidang penghasilan makanan, Syed Abdullah Syed Hassani bersama dua rakan yang lain terpaksa melupakan kekangan itu. Mereka menyifatkan, ia satu bidang perniagaan berpotensi kerana yong tau foo merupakan salah satu menu istimewa yang diminati kaum melayu

Sehubungan itu, Hikmah Food Specialities Sdn. Bhd. (Hikmah Food), ditubuhkan dan ia terlibat dalam aktiviti pembuatan pelbagai bebola dan kek ikan serta bahan lain yang berkaitan dengan menu makanan popular itu. ."Saya mahu mencari kelainan," katanya mengakui yang bukan tidak ramai kawan-kawan mencadangkan perniagaan biasa seperti tom yam, tetapi baginya yong tau foo halal keluaran seorang melayu, banyak potensinya. "Susah untuk mencari yang halal pada mulanya dan masalah ini saya jadikan peluang untuk saya memajukan perniagaan," katanya sambil menceritakan untuk sampai ke tahap yong tau foo keluaran syarikatnya dikenali, tidak semudah yang dijangka. Bapa kepada empat orang anak dan tinggal di Seremban ini mengakui tidak ada ilmu asas membuat yong tau foo, Oleh itu beliau mencari rakan kongsi - seorang peniaga pasar malam Zainon Hashim dan Low Pik Woon yang pernah bekerja di kilang tauhu semasa kecil. Bahkan untuk mendapatkan pinjaman memulakan perniagaan ini juga Syed Abdullah terpaksa bersusah dahulu kerana pertamanya pada tahun 1999 (tahun beliau memulakan perniagaan) adalah waktu kemelesetan ekonomi mula menjengok, kedua, beliau seorang melayu yang mahu berniaga barang yang bukan tradisi orang Melayu dan ketiga, beliau tidak ada trek rekod berniaga sedangkan bank-bank begitu memilih ketika itu."Pernah pada mulanya saya ke sebuah cabang pelaburan kerajaan membawa kertas kerja, tapi belum pun sempat nak tunjuk, saya sudah dileteri lebih setengah jam... orang Melayu tidak tahu berniaga...," katanya.

BELAJAR DARIPADA KESILAPAN SENDIRI
Perniagaan beliau bermula dengan sejumlah modal sendiri dan RM100,000 pinjaman daripada Bank Pertanian (Agro Bank) untuk menyewa lot bangunan dan menyediakan bilik sejuk. Low Pik Woon pada mulanya cuba mengajar pekerja asas membuat bebola ikan sementara Syed Abdullah menjalankan pelbagai tugas.Beliaulah bos, beliau jugalah pekerja yang membancuh bahan ikan dan menggoreng. Dalam masa yang sama beliau berusaha mencuba pelbagai cara dan resepi sendiri untuk menghasilkan yong tau foo terbaik, lengkap dengan rempah sup, kuah manis dan kuah cilinya. "Mula-mula mencuba, banyak bahan yang terbuang, kena marah dengan pelanggan pun ada, kerana pekerja saya tak pandai hendak kawal kualiti. Kuah hangus dan sebagainya. "Saya bekerjasama dengan beberapa pengusaha Cina melalui cara membantu mereka mengamalkan proses yang betul untuk mendapatkan sijil halal dan dalam masa yang sama saya belajar daripada mereka. Tapi biasalah masing-masing ada resepi rahsia sendiri," jelas beliau. Selepas empat tahun, baru orang mula mengenali produk yong tau foo Hikmah dan Syed Abdullah sudah memberanikan diri membuat pemasaran sendiri, menyertai pameran, membeli mesin baru dan membesarkan premis pengeluaran dan jualan di Taman Industri Bolton, Batu Caves. Syarikat ini mengilang dan mengedar bahan yong tau foo menggunakan kira-kira 500kg ikan sehari dan jualan mencecah RM250,000 hingga RM300,000 sebulan. "Margin untung saya kecil sebab saya perlu ikut pemintaan dan pasaran dalam menetapkan harga dan sebagainya," katanya. Kini Hikmah Food Specialities mempunyai pekerja seramai 40 orang dan sebuah cawangan di Subang. 

BERPINDAH KE TEMPAT BARU
Syarikat ini akan berpindah ke premis baru yang lebih besar di Kompleks Industri Makanan Mara (Kimar) di Kampung Batu Muda, Batu Caves, kemungkinan akhir tahun ini bersama 17 pengusaha Industri Kecil dan Sederhana yang lain. Syed Abdullah melabur RM3 juta untuk membeli mesin baru dan sebagainya untuk premis barunya. Beliau memang menantikan peluang yang diberikan Mara ini untuk mengembangkan sayap perniagaannya termasuk ke luar negara, mengedarkan produknya ke pelbagai cabang - hotel, restoran, lebih banyak pasar raya dan sebagainya. Dalam hal ini beliau berazam untuk maju dalam saingan dengan mendapatkan pensijilan HACCP (Hazard Analysis Critical Point) dan GMP (Amalan Pengilangan Yang Baik) melalui Kementerian Kesihatan. Syed Abdullah yang memiliki ijazah dan sarjana kewangan dan perniagaan, berharap pengiktirafan itu akan meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap produk yong tau foonya dan membantu beliau meluaskan pasaran. 

STATUS HALAL DIPELIHARA
Syed Abdullah kini boleh berbangga kerana produk yong tau foo halalnya sama standard dengan produk di pasaran. Katanya dalam memastikan produk yong tau foonya 100 peratus halal, beliau tidak menggunakan bahan kimia yang tidak menentu atau plasma (protein darah haiwan) yang boleh melikatkan dan melembutkan tekstur bebola atau kek ikan. "Saya sudah biasa menerima komen perbandingan seperti ini, kenapa bebola orang lain berkilat dan putih, rasa tidak sama dan sebagainya dan setiap kali itu saya akan menambah baik produk saya di mana yang boleh tetapi untuk mengabaikan proses halal, saya tidak buat," katanya.

SOKONGAN ORANG MELAYU
Ada sedikit kekecewaan ketika beliau menceritakan mengenai proses beliau belajar sampai boleh berdiri dan kini sudah bersedia untuk berlari dengan pengusaha yong tau foo yang lain. Pertama, tunjuk ajar susah didapatkan, baik daripada pesaing kaum lain, mahupun sokongan orang Melayu untuk membekalkan bahan dan produk halal, ejen penjual atau promoter. "Saya menghadapi masalah pembekal tidak konsisten dan promoter Melayu tidak bersungguh," katanya.Syed Abdullah bercerita bagaimana pada satu ketika beliau mendapatkan bekalan telur puyuh daripada seorang Melayu (beliau memerlukan 30,000 hingga 40,000 biji telur puyuh sehari), masuk bulan ketiga, orang itu gagal membekalkan jumlah yang dijanjikan dan terpaksa bergantung kepada pembekal bukan Melayu dan promoter yang digajinya di pasar raya pula adakalanya tidak datang membuka stesen mereka dan akibatnya beliau akan dimarahi pihak pasar raya yang sudah tentu tidak mahu mendengar masalah. Syed Abdullah juga pernah cuba menolong siswazah Melayu berniaga bahan yong tau foo yang beliau bekalkan, tetapi tidak kekal lama. Untuk ejen pembekal di negeri-negeri pula, syarat beliau ialah mereka perlu keluar modal sediakan bilik sejuk dalam anggaran RM20,000 tetapi ramai yang tidak sanggup kerana mereka takut rugi. Kenapa tidak menumpang saja stokis makanan beku jenama Melayu terkenal yang ada?. Syed Abdullah jelas menyimpan perancangan sendiri. "Saya tidak mahu menjadi barisan kedua, kerana cita-cita saya mahu memastikan jenama yong tau foo saya teguh dan ada tempat sendiri," katanya. Dalam masa yang sama beliau juga menghadapi pesaing Cina yang mempunyai modal besar yang mengawal pembelian bahan ikan kerana ada di antara mereka mempunyai jeti sendiri. Oleh itu, kata Syed Abdullah, beliau berusaha keras mencari bekalan yang tetap dan terbaik umpamanya beliau kini berunding dengan nelayan di jeti Tok Bali Kelantan untuk mendapatkan bekalan ikan kecil seperti kelisi bagi bahan suriminya.

CITA-CITA BANTU PEKERJA SENDIRI
Syed Abdullah bagaimanapun tidak pernah lemas bergerak perlahan untuk berjaya kerana "saya anggap saya dalam larian maraton, perlahan tetapi tidak mengalah". Hasrat utama Syed Abdullah kini ialah memajukan perusahaan yong tau foo berasaskan ikannya di Batu Caves, produk berasaskan soya (tauhu) di Subang dan koay teow di Seremban. Dalam proses itu beliau tidak lupa melatih beberapa pekerjanya dalam usaha membesarkan perniagaannya supaya satu hari nanti, katanya, mereka juga boleh menjadi pengusaha yong tau foo Melayu dan rakan kongsinya.

Rujukan : http://hikmahfood.blogspot.com 

Monday 14 November 2011

LIMAU MADU - Ramli & Basri

Profil Usahawan Pilihan

 

Nama:En. Ramli bin Salleh
:En. Basri bin Ramli
Perusahaan:Tanaman Limau Madu
Alamat:Kampung Lubuk Batu, Kuala Pegang, Kedah

Ketika kebanyakan pekebun memilih tanaman komoditi utama seperti getah dan kelapa sawit untuk mendapat keuntungan, namun lain pula bagi dua beranak yang lebih suka mengusahakan tanaman limau madu. Malah, usaha berani Ramli Salleh, 70, dan anak sulungnya, Basri, 35, mula meraih hasil lumayan dan dijadikan contoh oleh para pekebun lain. Mereka membuktikan kesungguhan mengusahakan tanaman limau madu sehingga mengeluarkan hasil sebanyak 12 tan metrik semusim. Kebun milik mereka seluas lapan hektar di Kampung Lubuk Batu, Kuala Pegang, di sini yang diusahakan sejak tahun 2001 dijalankan secara sepenuh masa, kini mampu menguasai pasaran limau madu tempatan. Menurut Basri, kebun yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah mereka dijaga sepenuhnya bagi menjamin mutu buah yang lebih baik dalam meneroka pasaran buah limau madu. Katanya, bermodalkan kira-kira RM100,000 hasil pinjaman daripada Agro Bank dan wang simpanan sendiri, dia bersama bapanya telah berusaha untuk memastikan tanaman limau madu mengeluarkan hasil berganda dengan penjagaan rapi.

Semua usaha menanam dan menjaga dilakukan sendiri bagi memastikan tanaman ini mengeluarkan hasil mengikut jadual. Basri mengakui walaupun sedikit sebanyak masalah berlaku terutama dari segi serangan penyakit, namun mereka mendapat khidmat nasihat dari Jabatan Pertanian. Katanya, jabatan itu turut membantu memastikan tanaman limau madu secara komersial itu dapat berbuah lebat dan tidak diserang penyakit secara serius.

Keperluan limau madu untuk pasaran tempatan cukup melegakan dua beranak ini. Ini kerana setelah limau itu cukup tua, ia boleh dikutip sendiri oleh peraih dan pembeli yang datang ke kebun. Malah, jelas Basri, selain peraih tempatan pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) turut membeli hasil tanamannya untuk diedarkan kepada penjual buah di luar daerah ini. Basri berkata, kebiasaannya peraih dan pembeli akan datang memetik sendiri buah limau di pokok dan membelinya pada harga di ladang kira-kira RM1 sekilogram. Tambah beliau, walaupun harganya agak rendah berbanding dengan harga di pasaran, tetapi kerja memetik buah dilakukan oleh mereka sendiri. Kata Basri, kebiasaannya setiap hari antara 200 hingga 300 kilogram buah dapat dikutip oleh peraih dan pembeli. Bagi Ramli pula, mengusahakan tanaman limau madu amat berpotensi tinggi kerana permintaan di pasaran cukup menggalakkan berbanding buah-buahan lain. Usaha bekas guru itu tidak sia-sia dan berbaloi sehingga boleh dibanggakan terutamanya dapat memberi dorongan kepada anaknya untuk terlibat dalam bidang pertanian itu.

Selain itu, usaha tersebut dianggap sebagai menyahut seruan dan hasrat kerajaan untuk menjadikan pertanian sebagai satu perniagaan. ''Usaha ini untuk memberi dorongan kepada anak saya supaya terlibat dalam bidang pertanian selain memperoleh pendapatan yang lumayan,'' katanya. Baginya, walaupun baru pertama kali terlibat dengan tanaman itu, sekurang-kurangnya, beliau dapat belajar selok-belok tanaman limau madu. Ladang limau madu dua beranak itu juga menjadi contoh betapa usaha pertanian secara komersial boleh menandingi dan mendatangkan hasil berlipat ganda setanding dengan tanaman komoditi lain. Limau madu itu yang rasanya agak manis merupakan satu daya tarikan kepada peminat buah-buahan tersebut. Kejayaan Ramli dan anaknya mengusahakan tanaman komersial itu telah membuka mata kebanyakan petani di sekitar kampungnya yang sebelum ini hanya membiarkan tanah sawah terbiar dan ditumbuhi lalang. Pengusaha tanaman limau lain juga menunjukkan minat mempelajari teknik yang dilaksanakan oleh Ramli dan anaknya dan mereka seringkali berkunjung ke ladang limau madu tersebut.


Rujukan : http://www.usahawantani.com/berita

IKAN HIASAN - Ahmad Don

Profil Usahawan Pilihan
 

Menjadi anak yatim ketika berusia dua tahun membuatkan Ahmad Don cepat mengenal erti kehidupan dan belajar berdikari. Bayangkan, pada usia sekecil itu manakala adik bongsunya masih dalam kandungan ibu, bapa tercinta, Don Yusof, kembali ke rahmatullah. Berikutan itu ibunya, Mah Saud, 76, yang ketika itu berusia 22 tahun terpaksa menggalas tanggungjawab bagi membesarkan beliau tiga beradik dengan menoreh getah. Naluri mahu keluar daripada kepompong kemiskinan menyebabkan Ahmad terpanggil untuk berniaga. Ketika berusia belasan tahun dan selepas menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), beliau sering meluangkan masa menangkap ikan hiasan di sungai atau tasik Bukit Merah untuk dijual bagi mendapatkan duit poket.


“Saya datang daripada golongan miskin. Kehidupan masa kecil sungguh susah, menyebabkan saya rasa terpanggil untuk berniaga. Untuk pergi ke sekolah menengah yang jaraknya kira-kira 10 kilometer dari rumah, saya menumpang basikal kawan setiap hari sehingga dapat membeli basikal ketika di tingkatan tiga. “Disebabkan minat berniaga, sambil menyambung pelajaran ke tingkatan empat dan lima, saya mengisi masa lapang menangkap ikan hiasan untuk dijual kepada peniaga di Pulau Pinang. “Antaranya kelisa (arowana), lampam, kaloi, toman dan ketutu. Ada juga kelisa yang saya beli daripada kawan dengan harga RM12 dan kemudian saya jual RM15 seekor. “Waktu itu pun ikan kelisa mempunyai nilai tinggi berbanding ikan hiasan lain. Jika ikan hiasan lain berharga 10 hingga 20 sen seekor, kelisa yang berukuran enam hingga tujuh sentimeter berharga RM12 hingga RM15 seekor,” kata Pengarah Urusan Bukit Merah Aquaculture (M) Sdn Bhd (BMA) itu.


Menurut Ahmad, dia banyak mendapat tunjuk ajar selok-belok perniagaan ikan hiasan daripada peniaga Pulau Pinang yang turut membawanya menghantar ikan hiasan ke Singapura dan Thailand. “Ahmad, you tak payah bikin cikgu (awak tak payah jadi guru). You berniaga.” Itulah pesanan peniaga berkenaan yang masih diingatinya sehingga hari ini. Disebabkan galakan peniaga itu Ahmad semakin berminat dalam bidang ikan hiasan dan belajar mengenai perniagaan dan penjagaan ikan hiasan secara tidak formal daripadanya. Pada usia 20 tahun Ahmad mengambil keputusan melanjutkan pengajian dalam jurusan perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Jalan Othman, Petaling Jaya. Selepas tamat pengajian pada 1983 beliau menyambung minatnya terhadap ikan dengan membuka perniagaan ikan hiasan.


“Bermodalkan RM10,000 daripada duit simpanan menjual ikan dan upah membuat sangkar burung, saya membuka perniagaan ikan hiasan dan haiwan peliharaan di Taiping. “Ketika mahu menjelaskan deposit kedai sebanyak RM1,800 saya melilau mencari di sana sini. Sukar untuk meminjam wang kerana orang tidak percaya perniagaan ini boleh maju. “Untuk menjimatkan kos, saya turut memohon kepada Mara supaya menurunkan sewa bulanan kedai daripada RM250 kepada RM180 dan usaha itu berjaya,” katanya. Kegawatan ekonomi pada 1988 dan 1999 memberi impak besar kepada Ahmad yang ketika itu turut mengusahakan syarikat pembinaan. Beliau kerugian kira-kira RM600,000 dan pengalaman itu menjadi iktibar kepadanya.


Pada 2000 Ahmad menutup syarikat pembinaan itu, diikuti kedai ikan hiasan dan akuarium pada tahun berikutnya kerana mahu menumpukan 100 peratus kepada pembiakan ikan kelisa yang juga ikan hiasan termahal di dunia. Beliau mengusahakan pembiakan kelisa di kolam di tanah pusaka peninggalan bapanya seluas 0.202 hektar (dua ekar). Secara berperingkat-peringkat, beliau meluaskan perniagaan dengan membeli tanah seluas 197 hektar untuk membina kira-kira 700 kolam. BMA mengkhusus kepada pembiakan kelisa emas Malaysia iaitu spesies kelisa paling mahal manakala Bukit Merah ialah tempat paling sesuai bagi pembiakan kelisa spesies berkenaan kerana kawasan itu adalah habitat asalnya. Turut dibiakkan ialah kelisa merah, emas Indonesia, Malaysia high back, hijau dan perak. Katanya, kira-kira 30 tahun dulu seekor ikan kelisa dijual dengan harga RM12, tetapi sekarang harganya mencecah RM1,800 seekor (bagi anak ikan berukuran tiga hingga empat inci).


“Bezanya dulu saya tangkap ikan kelisa dan jual, tetapi sekarang ikan ini dibiakkan. Walaupun banyak berjaya dibiakkan, ia masih tidak mampu menampung permintaan dari Asia dan Eropah,” katanya. Harga pasaran bagi jualan anak ikan bersaiz tiga hingga empat inci ialah RM2,500 seekor bagi emas Malaysia, merah cili (RM2,500), super red (RM1,800), high back Golden (RM550), banjar red (RM180), hijau (RM100) dan perak (RM20). Jualan ikan pra matang iaitu berusia satu hingga dua tahun ialah setinggi RM9,000 seekor bagi emas Malaysia manakala harga terendah ialah kelisa perak berharga antara RM450 hingga RM500 seekor. Bagi menambah pengetahuan serta mengintai pasaran baru, Ahmad yang sering ke China kerana urusan perniagaan ikan kelisa pernah mengunjungi pameran ikan hiasan di Perancis, Jerman dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).


Melalui BMA, beliau juga bersedia berkongsi perniagaan dengan individu berminat menerusi sistem pawah. “Bagi menghasilkan benih atau baka bermutu, ikan berkenaan dipelihara di kolam BMA dan syarikat membekalkan makanan dan penjagaan untuk tempoh lima tahun. Selepas lima tahun, rakan kongsi boleh mengambil semula ikan berkenaan atau terus dipelihara di kolam BMA. “Kita kena kreatif dalam perniagaan dan sentiasa memikirkan strategi terbaik selain mengatasi masalah kawalan harga. Dalam tempoh 10 tahun akan datang, kelisa masih ada pasaran yang baik. Bukit Merah adalah tempat terbaik bagi membiak kelisa di Malaysia, malah juga di dunia.


“Emas Malaysia yang juga spesies kelisa paling mahal berasal dari sini manakala kelisa hijau dari Kedah. Di Taiwan dan China misalnya, walaupun kelisa mempunyai pasaran bagus, ia tidak sesuai diternak kerana mempunyai cuaca empat musim,” katanya yang juga perintis bagi pembiakan ikan kelisa di Bukit Merah. Kaya dengan pengalaman memelihara ikan itu sejak remaja, beliau tidak lokek memberi tunjuk ajar atau khidmat nasihat kepada pengusaha lain. Sejak 2006 jumlah pengusaha kelisa di Bukit Merah semakin bertambah seperti cendawan tumbuh lepas hujan iaitu mencecah kira-kira 30 pengusaha.


Sementara itu lebih 100 peserta menyertai sistem pawah BMA yang mengenakan syarat terikat selama lima tahun bagi memastikan pengeluaran ikan berkenaan konsisten. “Saya fikir, kalau hendak tunggu hasil atau buat pinjaman bank, tentu perniagaan berjalan dengan perlahan. Disebabkan itu saya usaha cara lain dan inilah (sistem pawah) yang saya amalkan. Cara ini juga dapat membantu ramai rakan kongsi,” katanya.

 Profil Usahawan Kreatif
Nama:Ahmad Don
Umur:54 tahun
Asal:Semanggol, Perak
Alamat:Kampung Lubuk Batu, Kuala Pegang, Kedah
Jawatan:Pengarah Urusan Bukit Merah Aquaculture (M) Sdn Bhd
Isteri:Norsiah Hasan
Anak:Normazlina (26)

:Iskandar Zulkarnain (21)

:Iskandar Ar-Rahman (15)

Tips Usahawan Kreatif

Sasar 1000 Kolam Ikan
 
Lapan tahun menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembiakan baka ikan kelisa berkualiti tinggi, usaha Ahmad ternyata membuahkan hasil. Tidak sia-sia beliau mengutip pengalaman mengenai penjagaan ikan kelisa sejak usia belasan tahun lagi. Mensasarkan Bukit Merah Aquaculture (BMA) sebagai pengeluar utama bagi ikan kelisa emas Malaysia yang berkualiti tinggi untuk pasaran dunia, Ahmad kini dalam proses menambah jumlah kolam ikan daripada 700 kepada 1,000 kolam.

Menjelang tahun depan, Ahmad mensasarkan pengeluaran 50,000 anak ikan kelisa setahun bagi memenuhi pasaran luar negara. “Buat masa ini kita cuma mampu menampung peratusan kecil permintaan dari luar negara iaitu dengan pembiakan kira-kira 30,000 anak ikan setahun. “Pembenihan perlu dilakukan dengan teliti kerana kita tidak mahu anak ikan luka dan cedera. Anak ikan dijaga dengan rapi iaitu dipelihara dalam inkubator sehingga telur kuning yang menjadi makanannya habis, baru ia dilepaskan ke dalam kolam asuhan,” katanya. Ahmad turut membina kolam ternakan kelisa di Kuala Kangsar. Lokasi baru itu mempunyai 230 kolam dan menjelang tahun depan jumlahnya mencecah lebih 300 kolam bagi membantu belia menerusi sistem pawah.

“Walaupun sebelum ini saya banyak menempuh cabaran dalam pembiakan ikan kelisa seperti ikan mati ketika dialihkan kerana sensitif dengan perubahan air, menjualnya pula begitu mudah kerana ia mempunyai pasaran besar,” katanya yang melihat potensi besar dalam perniagaan itu sejak lebih 30 tahun lalu. Ketika bersembang dengan anaknya, Iskandar Zulkarnain, 21, Ahmad sering memberi tips perniagaan dan pendedahan bagi merangsang minat anaknya dalam perniagaan itu. Iskandar Zulkarnain yang kini menuntut dalam bidang mekatronik di Australia banyak diberi pendedahan, termasuk mengikut beliau ke pameran ikan hiasan di luar negara.

“Anak menunjukkan minat dalam perniagaan ini. Selain Iskandar, anak sulung, Normazlina yang kini menyambung pengajian peringkat ijazah kedoktoran dalam bidang perakaunan turut berperanan mengendalikan urusan perniagaan.

“Saya memberi gaji kepada anak dan isteri kerana mereka sama-sama menyumbang tenaga membangun dan memajukan syarikat. Pada masa terluang, saya akan meninjau kolam ikan. Isteri dan anak tidak ambil kisah kerana mereka bukan saja memahami tetapi juga menunjukkan minat sama,” katanya. Bagaimanapun, seorang lagi anaknya, Nor Aishah yang juga kembar Normazlina tidak sempat melihat kejayaannya kerana meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan kereta ketika masih menuntut di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) pada 2003. Menggajikan kira-kira 50 pekerja dengan 80 peratus daripadanya adalah pekerja tempatan yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengannya, perniagaan itu secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.